Wednesday, June 9, 2010

Klinik 10-Pin Boling IPG Kampus Temenggong Ibrahim Johor Bahru

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Pada 7 Jun 2010 yang lalu, bertempat di Pusat Boling Danga City Mall telah diadakan satu Klinik 10-pin Boling anjuran BAKSA IPG Kampus Temenggong Ibrahim Johor Bahru. Klinik tersebut telah dikendalikan oleh Tn. Hj. Norhizan bin Zainol dari Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan IPG Kampus Temenggong Ibrahim Johor Bahru. Peserta klinik terdiri daripada anak-anak staf akademik berumur antara 10 - 18 tahun. Penyelaras program, Pn. Rashidah Suib berkata, klinik ini bertujuan memberi pendedahan asas kemahiran bermain boling. Diharap, dengan program yang dirancang ini dapat menimbulkan minat anak-anak kecil ini dengan permainan boling.

Gambar Nurul, Nurin & 'Aqilah semasa klinik berlangsung...

Sunday, June 6, 2010

Selamat Bercuti...

Assalaualaikum & selamat sejahtera...

Kepada semua kawan2 di SK Kopok dan Sek Agama Kopok saya ingin mengucapkan selamat bercuti. Jangan lupa ulangkaji pelajaran semasa cuti ni. Jangan asyik nak main saja. Ok bye....

Tuesday, April 27, 2010

Selamat Datang Ke Blog Nurin Hamizah

Assalamualaikum & salam 1Malaysia...

Saya Nurin... Saya tinggal di Pasir Gudang. Saya bersekolah di SK Kopok Pasir Gudang. Saya suka membaca buku dan bermain game di komputer... Happy blogging & have a nice day... Smile always & think positive...